Sunday, April 20, 2014

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

KECANTIKAN LELAKI
Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni nurani
Lelaki yang cantik….
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran
Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada
Adalah lelaki yang baik sangka
Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki adalah berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikkan yang ada pada Muhammad yang umi adalah kecantikkan sempurna bagi seorang lelaki
KEGAGAHAN WANITA
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan tetapi pada kekuatan perasaan
Perempuan yang gagah….
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Adalah perempuan yangtidak takut pada kemiskinan
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan adalah kegagahan yang sempurna bagi seorang wanita.
“ Apabila wanita derhaka,dunia lelaki akan huru-hara
lelaki pula janganlah menharapkan ketaatan,tapi binalah kepimpinan pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,Pimpinlah dirinya sendiri kepadaNYA Jinakkan diri kepada Allah nescaya akanJinakkan segala-galanya, Di bawah pimpinanmu..
“Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karram Allah Wajhah….”

Kelebihan perempuan

Apa kekuatan & kelebihan wanita yang pertama?

Air Mata.
Air mata wanita adalah sesuatu yang seringkali digunakan syaitan untuk meluluhkan hati seorang lelaki. Air mata jelas sekali mampu meluluhkan hati seorang lelaki.
Jangankan lelaki biasa yang masih belajar tentang prinsip-prinsip kehidupan.  
Umar bin Khattab RA yang ketika itu masih kafir dan memegang teguh prinsipnya pun dicairkan oleh tangisan adiknya sehingga masuk islam dan menjadi salah satu khalifah terkuat pada masa kejayaan islam di dunia. Masih ingatkan kisahnya..?
Menangis adalah muara dari perasaan. Jikalau terlalu gembira, kita akan menangis. Jikalau terlalu sedih pun demikian. Jikalau sangat marah, kita juga mengeluarkan titis-titis air mata.
Dan itu semua fitrah. Hanya, ketika ada sesuatu yang tidak tepat pada tempatnya, baik tidak disengaja apatahlagi kalau sengaja, akan menjadi senjata yang kuat bagi syaitan laknatullah.
Buat lelaki, waspadalah terhadap syaitan.
Cuba bayangkan, kalau ada perempuan memohon sesuatu ke kita, sehingga mengeluarkan air mata. Bagaimana sikap kita?
Itu yang harus kita urus dengan sebaik mungkin. Tentu dengan pengurusan hati yang tepat.

Kelebihan wanita yang kedua,

Yang kedua adalah senyuman. Senyuman wanita  itu salah satu yang sangat mudah dijadikan oleh syaitan dalam memperdaya ataupun melemahkan hati seorang lelaki.
Apatah lagi kalau wanita yang mempunyai wajah yang cantik. Tentu akan sangat meluluhkan hati seorang lelaki.
Allah telah jelas dan tegas memerintahkan kita dalam surah An-Nur ayat ke 30 hingga ke 31. Ayatnya yang berbunyi :
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya…”
dan ayat ke 31 juga yang berbunyi
“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya….”
menunjukkan solusi yang seharusnya kita lakukan bersama. Para lelaki mahupun perempuan seharusnya menjaga pandangan mereka.

Kelebihan Wanita Yang Ketiga,

Yang ketiga, adalah tutur kata.
Wanita itu memiliki suara yang berbeza dengan lelaki. Suara wanita  itu lebih lembut  daripada lelaki.  Perkara itu juga dijadikan senjata oleh syaitan untuk memperdaya lelaki. Apatah lagi kalau wanita  itu sengaja membuat nada manja
 Berbicaralah yang tegas!
Tidak menimbulkan kesan yang manja atau menggoda. Berbicaralah dengan nada yang tegas dan seperlunya sahaja. Rasulullah SAW juga memerintahkan kita untuk berbicara yang benar, atau diam.
.
Suara wanita  itu sangat dilindungi dan dihargai oleh Islam. Bahkan ada beberapa ulama yang mengatakan bahawa nasyid wanita itu tidak baik didengar oleh lelaki. Kerana, getaran suaranya itu besar kemungkinan dapat menimbulkan perasaan yang berbeza di hati lelaki. 
Lelaki, berhati-hatilah dalam mengolah hati. Berhati-hatilah dalam memberikan perhatian.

Kelebihan wanita yang Keempat, 

Berhias. Banyak perdebatan di sini. Antaranya adalah bagi wanita yang memakai  wangian.
Rasulullah berkata bahawa barang siapa  (wanita) yang memakai wewangian kemudian dia berjalan di depan seorang  (laki-laki) sehingga sang lelaki mencium wewangian tersebut, maka wanita itu dianggap pezina. Naudzubillahi min dzalik..
tetapi memakai wangian tidaklah salah. anda semua boleh rujuk diSINI
Yang terakhir, Jalan keluarnya bagaimana?
Untuk keseluruhan, sebenarnya hanya ada dua caranya. Si lelaki harus menjaga diri serta hati mereka, dan sang perempuan juga demikian. Ketika diri telah dibersihkan dan hati telah disucikan,
Insya Allah tidak syaitan juga akan kelelahan menggoda kita. Jangan lupa kemudahan istigfar yang diciptakan Allah untuk kita semua umat muslim.
Selalu beristigfar setiap waktu. Ingat Allah setiap waktu.
Semoga dengan itu kita mampu menghindarkan diri dari godaan syaitan laknatullah. Insya Allah…

Thursday, May 30, 2013

Kata-kata Hikmah


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang- kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yangbersinar- bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik : Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

63) “Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu mcm kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu sejuta macam pengorbanan dan kepahitan..manis tidak akan dtg sendiri”

64) Sehalus-halusnya musibah adalah ketika kedekatan kita dengan Allah perlahan-lahan tercabut. Dan itu biasanya ditandai dengan menurunnya kualiti ibadah.

65) kehebatan orang yang bertawakal itu adalah kerana mereka berserah seluruh jiwa raga kepada ALLAH. Mereka terlalu yakin sehingga percaya pada sandaran Maha Suci ALLAH.

66) Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan pikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.

67) Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya, dan menjaga aibnya.

68) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

69) Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

70) Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.

71) Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.

72) Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.

73) Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.

74) Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.

75) Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.

76) Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.

77) Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.

78) Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.

79) Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.

80) Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.

81) Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.

82) Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.

83) Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.

84) Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.

85) Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tidak akan peduli keaiban orang lain.

86) Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu apa pun.

87) Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan orang lain.

88) Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.

89) Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.

90) Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya (keaibannya).

91) Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.

92) Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.

93) Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.

94) Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.

95) Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara), dia akan berasa jemu.

96) Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.

97) Sesiapa yang mengetahui ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.

98) Sesiapa yang bersahabat dengan orang rendah akhlak, dia dipandang hina.

99) Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

100) Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).

101) Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).

102) Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).

103) Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

104) Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).

105) Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

105) Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.

106) Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.

107) Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

108) Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.

109) Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

110) “Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”

111)“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.”

112) “Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

113) “Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.”

114) “Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.”

115) ”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ”

116) “Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.”

117) “Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.”

118) “Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.”

119) “Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”

120) “Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.”

121) “Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.”

122) “Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”

123) “Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.”

124) “Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”

125) “Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.”

126) “Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.”

127) “Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

Leuniey Kini Berhijab, Bakal Kerjakan Umrah Dengan Apex

Leuniey  Kini Berhijab, Bakal Kerjakan Umrah Dengan Apex

 

KUALA LUMPUR, 30 MEI 2013: Isteri kepada penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha akui dia kini sudah berhijrah dan kekal berhijab.

Tiada paksaan daripada sesiapa, Leuniey berkata sudah tiba masanya untuk dia berhijrah, lebih-lebih lagi dia dan suami bakal mengerjakan umrah pada ramadan ini.

"Sebenarnya saya baru sahaja berhijab penuh sejak 2 minggu lalu dan sekarang sedang dalam proses untuk biasakan diri bertudung apabila keluar. Bukan apa, terus-terang saya sudah lama simpan niat untuk bertudung ini Cuma tunggu masa saya benar-benar bersedia untuk tampil kekal dengan berhijab. Tak mahu lah jadi bila rimas dan panas saya suka-suka bukak.

"Lagipun saya dan Apex bakal mengerjakan umrah pada ramadan ini, jadi saya mahulah belajar untuk bertudung sepenuhnya sebelum ke tanah suci nanti," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Bercakap mengenai pengalamannya yang pertama kali bertudung litup sepenuhnya, Leuniey memberitahu pada mulanya agak sukar baginya untuk menyesuaikannya, namun lama kelamaan ianya menjadi mudah.

"Mula-mula susah juga nak sesuaikan diri dengan bertudung setiap masa apabila di luar, yelah dengan cauca yang agak panas dan sebagainya. Lama kelamaan selepas belajar bagaimana hendak bertudung, saya pun kini sudah semakin selesa dan tenang dengan penghijarahan ini," jelasnya lagi.

Menurut Leuniey lagi dia mempunyai semangat yang kuat untuk berhijrah selepas disokong oleh suami tersayang Apex.

"Selain keluarga, Apex orang yang paling banyak memberikan sokongan dan dorongan tanpa henti kepada saya kerana dia amat gembira apabila saya beritahu saya mahu bertudung," beritahunya.

Sementara itu, Leuniey memberitahu amat teruja untuk mengerjakan umrah pada ramadan ini kerana ianya merupakan bulan madu pertamanya bersama Apex.

"Sejak kami berkahwin, sekali pun tiada peluang untuk kami bersama-sama berbuan madu kerana Apex sangat sibuk dengan tugasnya. Namun ianya tidak menjadi masalah kepada saya, malah saya sendiri memberitahunya jika kami tidak dapat berbulan madu bersama tetapi sekurang-kurangnya dapat Umrah bersama sudah cukup memadai buat saya.

"Alhamdulilah, hajat saya itu bakal ditunaikan tidak lama lagi, Insya Allah," luahnya lagi.

Apex dan Leuniey disatukan dengan ikatan yang sah pada 28 Disember 2012 di kediaman keluarga Leuniey di Kota Bharu, Kelantan.

Shila Amzah Dikenali Di Korea Berbanding Siti Dan Yuna?

Shila Amzah Dikenali Di Korea Berbanding Siti Dan Yuna?
 
SEOUL, 29 MEI 2013: Tuah sememangnya milik Shila Amzah sebaik saja anak dara N D Lala ini memenangi pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai tahun lalu. Murai Batu beranggapan sebegini apabila mendapat tahu, kebanyakan penggemar muzik di Korea Selatan nampaknya pernah mendengar nama Shila Amzah. Malah, mereka tahu tentang mutu vokal Shila Amzah serta imej muslimah Shila dengan bertudung. Bagaimanapun, Murai Batu diberitahu, tiada seorang pun mengetahui nama Dato Siti Nurhaliza Taruddin walaupun isteri kepada Datuk K ini sememangnya hebat di Malaysia.
Sedangkan Siti juga pernah mengharumkan nama negara dengan mengadakan konsert di Royal Albert Hall. Tambah hairan lagi, nama anak tempatan yang sedang mencipta nama di LA iaitu Yuna turut tidak dikenali di Korea Selatan Walhal, nama David Foster dikenali di sana.
Mungkin hanya segelintir saja yang tahu tentang Yuna. Padahal, Yuna juga menjadi duta produk dari Korea Selatan. Apapun, Murai Batu tambah terkejut setelah mendapat tahu Mizz Nina yang berduet dengan Jay Park juga tidak pernah didengari namanya. Sedangkan Murai Batu pernah membaca artikel mengenai Mizz Nina ketika berada di Seoul.
MasterChef: Tema Vegetarian Gagal Selamatkan Shahora

MasterChef: Tema Vegetarian Gagal Selamatkan Shahora
 
KUALA LUMPUR, 29 MEI 2013: Tema sajian vegetarian yang diberikan kepada para pseserta yang bertanding untuk cabaran Penyingkiran dalam MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) malam tadi nyata gagal membawa tuah buat pelakon Sharifah Shahora apabila sajiannya gagal memikat juri, sekali gus menjadikannya peserta yang tersingkir. Terdahulu, Shahora yang menganggotai kumpulan Biru tewas dalam Cabaran Sajian Luar semalam yang bertemakan Masak & Jual. Cabaran mereka telah diadakan di Perhentian Rehat & Rawat Seremban, Lebuhraya Utara Selatan.
Kemenangan berpihak kepada pasukan Merah yang mengaut lebih keuntungan berbanding pasukan Biru. Menjadikan setiap ahli kumpulan yang diketuai oleh Enot terpaksa bersaing dalam cabaran Penyingkiran.
Namun dari 5 anggota kumpulan Biru, hanya 4 yang akan bersaing untuk cabaran Penyingkiran dan Syanie terselamat selepas dia menunjukan kemahirannya dalam memotong lobak dan kentang dengan betul. Ini menjadikan ahli kumpulan merah yang lain iaitu Enot, Syura, Michael Ang dan Shahora terpaksa bersaing menyediakan sajian bertemakan vegetarian.
Di penghujung saingan, hidangan pasta Shahora gagal memikat juri menyebabkannya tersingkir. Dengan penyingkiran itu, Sharifah Shahora berjaya mengumpul sebanyak RM6,000 kepada Alzheimer's Disease Foundation of Malaysia (ADFM).
Kini 9 selebriti meneruskan perjuangan mereka dalam Masterchef Selebriti Malaysia. Apakah cabaran yang menanti mereka nanti?
DUA BULAN BERKASIH, FIZO OMAR PUTUS CINTA

Dua Bulan Berkasih, Fizo Omar Putus Cinta
 
KL, 23 MEI 2013: Tak silap Murai Batu, bulan Mac lalu Murai Batu ada terbaca yang aktor popular, Fizo Omar tidak lagi single, sebaliknya sudah berteman dengan seorang gadis yang boleh tahan cun. Namun tiba-tiba, terdengar berita yang mereka tidak lagi bersama dan Fizo Omar sendiri telah mengakui yang hubungan mereka telah pun berakhir. Dalam laporan Harian Metro yang Murai Batu baca hari ini, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, mengakui hubungan cintanya dengan pelajar Universiti Lim Kok Wing, Haas Jaafar, 25, telah berakhir secara baik.
Rasanya dua bulan saja kot mereka sempat bermadu kasih. Bersabarlah Fizo, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Menurut Fizo, punca hubungan mereka berakhir adalah disebabkan tiada keserasian bersama dan jika boleh, Fizo tidak mahu bercerita tentang perkara ini lagi.
Bagaimanapun Fizo berkata dia dan Haas masih berkawan baik, malah hubungan mereka pun berakhir secara baik tanpa ada pergaduhan atau pun campur tangan pihak bertiga.
Bagi Murai Batu, rasanya pasangan Fizo dan Haas ni memang dah sama cantik dan sama pada, namun sayang tiada jodoh nampaknya.

Sumber: http://www.murai.com.my